Kelas Ict – Mereka Dengan Canva

20 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Jumaat, 19 Januari 2024, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kelas ICT iaitu Mereka Kad jemputan dengan Canva. Seramai 6 orang kanak-kanak tempatan yang berusia 9 ke 12 tahun mengikuti program ini. Program ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 3:00 petang.

Aktiviti dijalankan dengan menggunakan laman mereka iaitu Canva.com. Ia merupakan aplikasi yang digunakan untuk mereka sesebuah rekaan seperti kad jemputan, kad ucapan, poster, banner dan banyak lagi. Para peserta kita di ajar bagaimana ingin mereka sesebuah kad menggunakan template yang sedia ada dan cuma memerlukan sedikit pengubah suaian.

Objektif pembelajaran ini adalah untuk berkongsi pengetahuan mengenai bidang ICT dan aplikasi yang mudah digunakan untuk mereka. Turut dikongsikan adalah Klik Dengan Bijak, iaitu “Siber buli”. Penggunaan internet dan sosial media yang meluas haruslah dipantau untuk mengelak buli siber.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali